Tindakan Tegas Jika Anggota Tentera Terbabit Insiden Tembakan - Berita Semasa | mStar

Tindakan Tegas Jika Anggota Tentera Terbabit Insiden Tembakan

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2015 1:24 PM

Hishammuddin Tun Hussein

(Ubah saiz teks)

TANGKAK: Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan tegas jika siasatan mendapati ada anggota tentera yang terbabit dalam insiden tembakan rambang di Khemah Pos Tentera, Felda Sahabat 22, dekat Lahad Datu, tengah malam 12 Ogos yang mengorbankan seorang anggota tentera.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau telahpun menerima laporan berhubung kejadian itu malam semalam dan siasatan masih berjalan.

"Seperti dahulu saya pernah nyatakan ia tidak mengira anggota (tentera) kita atau tidak dan ia tidak terkecuali. Kalau terbukti ada salah laku, tindakan akan diambil," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ledang di sini, Jumaat.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Ledang Datuk Ir Hamim Samuri, Anggota Dewan Undangan Negeri Serom Abd Razak Minhat dan bekas Menteri Besar Johor Tan Sri Abdul Ghani Othman.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah malam itu, seorang anggota tentera maut manakala seorang lagi cedera akibat terkena tembakan rambang yang dilepaskan rakan setugas mereka.

Aggota yang terbunuh dikenali sebagai Koperal Raju Karno Rano Karno, 30, manakala anggota yang cedera dikenali sebagai Koperal Julian Anak Janang.

Seorang suspek berumur 22 tahun itu telah ditahan manakala sepucuk senapang M4 Carbain serta satu kelopak mengandungi 22 butir peluru hidup dirampas. -- Bernama


   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan