Bisnes Gajet Di Bangunan Mara Tiada Unsur Perkauman - Annuar - Berita Semasa | mStar

Bisnes Gajet Di Bangunan Mara Tiada Unsur Perkauman - Annuar

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2015 10:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konsep perniagaan menjual alat komunikasi dan gajet elektronik di Bangunan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini tidak berunsurkan perkauman, sebaliknya cuma mencontohi perniagaan Plaza Low Yat di Bukit Bintang.

Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa yang dilantik semula ke jawatan itu pada Rabu lepas, berkata hasrat Mara ialah membantu peniaga Bumiputera menjalinkan kerjasama perniagaan dengan pengedar, pembekal dan syarikat telekomunikasi yang dikendali pelbagai kaum. 

Justeru itu, beliau kesal rancangan membuka perniagaan itu di tingkat tiga Bangunan Mara menjadi polemik perkauman sedangkan formula sesuatu perniagaan tidak berjaya jika pasarannya hanya untuk satu kaum sahaja. 

"Bangunan Mara masih ada ruang yang boleh dimanfaatkan peniaga Bumiputera dengan mengambil peluang menjual alat komunikasi dan gajet elektronik supaya berjaya seperti perniagaan di Plaza Low Yat.  

"Kita hendak tiru kejayaan seperti Plaza Low Yat. Ia dirujuk sebagai bentuk positif iaitu perniagaan yang berjaya," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Cadangan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya peniaga Bumiptera membuka perniagaan itu di Bangunan Mara, yang dijangka menjadi 'Plaza Low Yat 2', telah disalah tafsir pihak tertentu sehingga mencetuskan polemik perkauman baru-baru ini.

Annuar berkata, beliau tidak mahu menggunakan nama 'Plaza Low Yat 2 bagi perniagaan itu kerana Mara mempunyai perancangan untuk memperluas perniagaan seumpama itu di bangunan miliknya di negeri-negeri lain. 

"Malah, jika ada kaum lain yang boleh bekerjasama untuk perniagaan ini, maka kita akan teruskan kerjasama itu," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Low Yat , Annuar Musa , Mara
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan