"Saya Akan Saman Mereka Yang Sebar Khabar Angin" - Zeti

Diterbitkan: Khamis, 13 Ogos 2015 2:07 PM

Zeti Akhtar

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memberi amaran bahawa beliau akan mencari dan mendakwa mereka yang menyebarkan khabar angin mengenai dirinya dan Bank Negara Malaysia, berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Tuduhan terhadap bank ini dan saya secara peribadi adalah tidak benar, " kata Gabenor Bank Negara.

"Kebanyakan dakwaan ini dibuat oleh orang-orang yang tidak dikenali. Kita akan berusaha untuk mengenal pasti siapa mereka dan mengambil tindakan undang-undang selanjutnya ke atas mereka.

"Pada masa ini kita tidak tahu siapa mereka. Kami mempunyai beberapa idea-idea, petunjuk susulan tentang siapa mereka, tetapi setakat ini namanya tak diketahui," katanya kepada media pada taklimat di Bank Negara, Khamis.

Apabila ditanya mengenai AS$ 700juta (RM2.8 bilion) yang telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, Zeti berkata beliau hanya boleh bercakap dalam batas undang-undang.

"Jika tidak, sebaik sahaja saya melangkah keluar dari pintu ini, saya akan ditangkap kerana bercakap mengenai akaun individu. Saya pasti anda tidak mahu ia berlaku," katanya berjenaka.

"Oleh kerana siasatan ke atas 1MDB sedang berjalan, kami telah berkongsi maklumat yang kami ada berkaitan mana-mana akaun yang relevan kepada pihak penguatkuasa.

Zeti berkata Bank Negara bukan sebuah badan penguatkuasa dan tidak boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana dakwaan salah laku.

"Oleh itu, kami berkongsi maklumat yang diberikan kepada kami dari bank-bank tempatan atau rakan-rakan di negara-negara lain. Pihak penguatkuasa mempunyai maklumat ini," kata beliau.

Beliau menjelaskan bahawa siasatan rasmi ke atas 1MDB diumumkan pada bulan Jun telah selesai, dan kertas siasatan telah diserahkan kepada Peguam Negara pada awal minggu ini.
Tags / Kata Kunci: BNM , 1MDB , Tan Sri Zeti Akhtar Aziz

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan