1MDB: Tujuh Pegawai Bank Negara Disiasat

Diterbitkan: Khamis, 13 Ogos 2015 2:30 PM

bank negara
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mendedahkan seramai tujuh pegawainya telah disiasat berhubung kebocoran maklumat membabitkan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Polis sudah menyoal siasat tujuh pegawai Bank Negara Malaysia (BNM)," katanya.

Ditanya sama ada beliau merupakan salah seorang yang disiasat, Zeti berkata: "Belum lagi, saya baharu balik daripada Amerika Syarikat." katanya pada sidang media di sini, Khamis.

BNM adalah antara institusi yang terlibat menyiasat 1MDB atas dakwaan salah urus dan rasuah.

Mengulas lanjut Zeti berkata BNM akan sentiasa memberi kerjasama kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Bank Negara Malaysia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan