SPAD Sahkan Operasi Bas Ekspres Di Pudu Sentral Ditamatkan Hujung Tahun Ini

Diterbitkan: Khamis, 13 Ogos 2015 4:39 PM

Pudu Sentral.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengesahkan operasi perkhidmatan bas ekspres jarak jauh di Pudu Sentral atau sebelum ini dikenali sebagai hentian Pudu Raya akan ditamatkan hujung tahun ini.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, penutupan itu dilakukan untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di ibu kota.

Malah, katanya bas dua tingkat terpaksa diletakkan di luar hentian kerana sukar ke kawasan pengambilan penumpang.

"Kita dapati timbul pelbagai masalah seperti berlaku kesesakan dan bas dua tingkat tidak dapat memasuki ruang mengambil penumpang kerana laluan yang sempit.

"Jadi untuk mengatasi kesulitan itu, perkhidmatan bas ekspres jarak jauh ini akan dipindahkan ke TBS-BTS (Terminal Bas Selatan - Bandar Tasik Selatan) secara berperingkat," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya bersama media di kediamannya di Bukit Damansara pada Khamis.

Bagaimanapun, Syed Hamid berkata perkhidmatan bas ekspres jarak dekat masih lagi beroperasi di hentian Pudu Sentral seperti biasa.

"Bas jarak dekat masih lagi ada (di Pudu Sentral). Notis pemindahan hanya melibatkan bas ekspres jarak jauh," katanya.

Beliau berkata notis pemindahan tersebut sudah dikeluarkan oleh pengendali premis tersebut, UDA Mall Sdn Bhd.

"Pengusaha perkhidmatan bas ekspres sudah dimaklumkan mengenai notis pemindahan tersebut. Saya rasa tidak timbul isu kerana TBS-BTS mampu menampung banyak bas dalam satu masa," katanya.

Pada Rabu sumber memberitahu mStar Online bahawa pengusaha bas ekspres di hentian tersebut diharap menyegerakan pengosongan tapak depoh di Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur dan proses pemindahan berkuatkuasa 15 Jun lalu sehingga hujung tahun ini.

Pada masa sama, Syed Hamid berkata SPAD turut merancang untuk menguatkuasakan penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) di dalam semua jenis bas di seluruh negara.

Namun, katanya pihak SPAD tidak memberi sebarang jaminan harga tambang akan kekal sekiranya pengusaha memasang CCTV di dalam setiap bas mereka.

"Cuma kita berharap pengguna dapat menerimanya secara terbuka demi keselamatan mereka," katanya.

Beliau berkata, buat masa ini hanya bas Go KL sahaja yang menggunakan sistem CCTV.

Tags / Kata Kunci: Syed Hamid Albar , SPAD

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan