Rara Akan Hadir Ke Balai Polis Berhubung Siasatan Hasutan

Diterbitkan: Khamis, 13 Ogos 2015 6:27 PM

Syefura Othman.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ikon muda DAP, Syefura Othman atau Rara akan menghadirkan diri ke balai polis Dang Wangi pada Jumaat berhubung siasatan kes hasutan mengenai satu kenyataan berkaitan institusi raja di media sosial pada 2014.

"Saya menghormati perlembagaan dan instituasi raja. Tidak ada niat untuk menghasut sesiapa atau memperkecilkan institusi raja," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP pada Khamis.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang bagaimanapun mempersoalkan tentang kelewatan siasatan berikutan hashtag tersebut dimuat naik pada September 2014.

Rara dijangka hadir di balai polis Dang Wangi pada pukul 10 pagi Jumaat ditemani Setiausaha Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo.

Beliau berbuat demikian selepas pihak polis meminta untuk menghadirkan diri bagi merakamkan kenyataan. 

Rara disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Difahamkan bahawa penyiasatan itu susulan daripada beberapa laporan polis yang dibuat terhadap Rara, mengenai salah satu hashtag Facebook yang disertakan sekali bersama sebuah artikel yang dikongsikan beliau pada 2014.

Tags / Kata Kunci: Rara , Syefura Othman , DAP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan