PAS Pusat Sedang Bina Kes Terhadap Anggota Sertai GHB - Mohd Amar - Berita Semasa | mStar

PAS Pusat Sedang Bina Kes Terhadap Anggota Sertai GHB - Mohd Amar

Diterbitkan: Khamis, 13 Ogos 2015 3:42 PM

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: PAS sedang membina kes melalui pengumpulan bukti dan maklumat lengkap terhadap anggotanya yang menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Harapan Baharu (GHB).

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pengumpulan itu  dikendalikan oleh Setiausaha Agung parti Datuk Takiyuddin Hassan bagi menyediakan laporan lengkap dan membentangkannya kepada PAS pusat.

"Daripada situ baharu kita boleh buat keputusan apa tindakan yang perlu kita ambil," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Kutipan Dana Dewan Pemuda PAS Kelantan di sini, Khamis.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata hanya Jawatankuasa PAS Pusat ataupun Jawatankuasa Disiplin parti yang berhak menentukan nasib anggota-anggota parti yang menyertai GHB.

"Jawatankuasa PAS Pusat mempunyai kuasa untuk memecat terus mana-mana anggota parti yang didapati bersalah, namun jika dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti, ada empat bentuk hukuman yang boleh dikenakan," katanya.

Beliau berkata hukuman tersebut adalah surat tunjuk sebab, amaran, gantung keanggotaan dan akhir sekali dipecat daripada parti.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan