Majlis Doa Selamat Di Seri Perdana Untuk Menteri Baharu Dilantik

Diterbitkan: Khamis, 13 Ogos 2015 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua Umno Bahagian di Seri Perdana petang Rabu dibuat bagi meraikan menteri-menteri yang baharu dilantik dalam Kabinet.

Ketua Umno Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo berkata majlis doa selamat itu dibuat dalam suasana harmoni dengan mengadakan aktiviti seperti solat hajat, tazkirah dan tahlil.

"Majlis ini dibuat setelah ketua-ketua Umno bahagian berbincang di kumpulan Telegram untuk meraikan mereka yang baru dilantik dengan mengadakan majlis doa selamat.

"Ia dibuat dengan santai, penuh harmoni tanpa membincangkan perkara-perkara serius," katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

Ismail berkata, majlis yang diadakan di kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya itu bermula pada pukul 6.30 petang dan berakhir selepas Isyak.

Ditanya sama ada Najib yang juga presiden Umno ada memberikan sebarang pesanan atau amanat kepada ketua-ketua Umno bahagian yang hadir, beliau berkata Najib hanya memberikan kata-kata ringkas.

"Tak bincang perkara serius , cuma beliau berpesan supaya kami semua dapat bersatu-padu.

"Datuk Seri Najib juga kelihatan OK. Beliau tenang, nampak gembira dan sesekali bergurau sesama kami," katanya.

Menurut Ismail, majlis itu dihadiri kira-kira 150 ketua Umno bahagian.

"Ada yang tak dapat datang kerana ada tugas-tugas dan terpaksa menghadiri majlis lain yang telah dipersetujui lebih awal.

"Secara keseluruhannya, ia berjalan lancar dimulakan dengan minum petang, kemudian solat Maghrib, solat hajat, tazkirah dan kemudian solat Isyak," katanya.

Pada 28 Julai lalu, perdana menteri telah melakukan rombakan Kabinet di mana jawatan timbalan perdana menteri yang sebelum ini dipegang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin diambil alih oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut menjadi Menteri Dalam Negeri.

Secara keseluruhan, seramai tujuh menteri dan sembilan timbalan menteri baharu telah dilantik.
Tags / Kata Kunci: doa selamat , SEri Perdana

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan