Siar Karikatur Tragedi MH370, Majalah Perancis Tidak Beretika

Diterbitkan: Khamis, 13 Ogos 2015 6:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Anak sulung Andrew Nari, ketua pramugara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, tidak dapat menahan rasa sedih berhubung penerbitan karikatur menjengkelkan mengenai bangkai pesawat itu dalam sebuah majalah Perancis.

Maira Elizabeth, 18, yang mengikuti pengajian diploma dalam bidang komunikasi massa di Kolej SEGi, Subang Jaya berkata tindakan majalah Perancis itu menyiarkan karikatur mengenai tragedi itu dengan cara memalukan adalah "bodoh dan menjengkelkan'.

"Ini adalah satu tindakan tidak beretika oleh majalah tersebut dan menjijikkan kerana ia mengaibkan semua orang.

"Saya tidak percaya bahawa syarikat atau orang-orang seperti itu masih wujud!' katanya dengan nada kesal ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Sering mencetuskan kontroversi, majalah itu dalam penerbitannya baru-baru ini memperlekehkan penemuan flaperon di Pulau Reunion di Lautan Hindi yang telah disahkan oleh pakar-pakar antarabangsa sebagai serpihan daripada MH370.

Tindakan majalah satira itu telah mendapat kritikan dan rasa kesal masyarakat, terutama anggota keluarga dan rakan-rakan 239 penumpang dan anak kapal MH370.

Pesawat Boeing 777 itu hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing, China dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, tahun lepas.

Shim Kelvin, 39, suami pramugari MH370, Tan Ser Kuin berkata beliau sedang melayari internet untuk mendapatkan berita mengenai pesawat malang itu  apabila secara kebetulan ternampak kartun mengenai MH370 itu.

"Saya tidak sangka dalam niat saya melayari internet untuk mendapatkan berita terkini mengenai serpihan itu, saya terjumpa gambar kartun itu yang sinis dan lucah.

"Jika populariti dan jualan meningkat hasil penerbitan karikatur itu, ini adalah hanya kerana adanya pembaca yang menggemari jenaka seperti ini. Mereka mungkin tidak dapat menyelami bagaimana perasaan jika keluarga mereka sendiri hilang atau terlibat dalam tragedi dahsyat dan setakat ini tiada mayat dijumpai," katanya.

Bapa kepada dua orang cahaya mata itu (lelaki berusia sembilan tahun dan perempuan berusia tujuh tahun) berkata beliau kena lebih berhati-hati dan perlu  memantau anak-anaknya melayari internet kerana bimbang mereka akan terlihat karikatur itu.

Susulan liputan meluas mengenai tragedi MH370, Shim berharap masyarakat di seluruh dunia dapat memantau dan membimbing anak mereka tentang apa yang disiarkan oleh majalah satira itu, jika mereka mendapati ia tidak bermoral.

Profesor Dr Mokhtar Muhammad daripada Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) menganggap sindiran itu sebagai sikap kepura-puraan oleh majalah tersebut.

"Mengenai prinsip kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara, majalah itu tidak mempunyai nilai-nilai kemanusiaan dan tidak sensitif kepada kesedihan dan kesengsaraan selepas insiden MH370.

"Jika tragedi itu berlaku kepada mereka, adakah mereka akan membuat cemuhan yang sama? Jawapannya mudah iaitu pasti tidak," katanya.

Bagi Norsham Firdaus, pensyarah UiTM dalam komunikasi dan sosiologi, keseluruhan pasukan editorial majalah Perancis itu tiada kelas dan meletakkan profesion kewartawanan ke tahap intelektual yang paling rendah.

Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan