Ekonomi Malaysia Tumbuh 4.9 Peratus Pada Suku Kedua, Unjuran Kukuh

Diterbitkan: Khamis, 13 Ogos 2015 1:15 PM

Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia tumbuh sederhana sebanyak 4.9 peratus pada suku kedua (Q2) 2015 berbanding 5.6 peratus pada suku pertama (Q1), dipacu sebahagian besarnya oleh permintaan swasta.

Malaysia kini setara dengan ekonomi global, yang turut menyaksikan pertumbuhan pada kadar sederhana, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

"Ekonomi dunia tumbuh pada tahap sederhana pada suku kedua. Permintaan domestik terus menyokong pertumbuhan dalam persekitaran eksport yang lemah," katanya.

Ekonomi Malaysia dijangkakan kekal dalam laluan yang kukuh, dengan permintaan domestik terus menjadi pemacu utama pertumbuhan, kata Zeti pada sidang media bagi mengumumkan pertumbuhan Q2 di sini Khamis.

"Penggunaan swasta dijangkakan terus membuat pelarasan kepada pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dengan pertumbuhan gaji dan kedudukan pasaran buruh yang stabil, akan menyediakan sokongan kepada perbelanjaan isi rumah," katanya.

Pada Q2, penggunaan swasta meningkat lebih sederhana pada kadar 6.4 peratus berbanding 8.8 peratus pada Q1 apabila isi rumah membuat pelarasan perbelanjaan berikutan pelaksanaan GST.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan