1MDB Terbuka Untuk Siasatan

Diterbitkan: Khamis, 13 Ogos 2015 8:00 AM

Arul Kanda

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sentiasa terbuka untuk siasatan dan menjadi syarikat yang banyak paling disiasat di Malaysia, kata presiden dan pengarah eksekutif syarikat itu  Arul Kanda Kandasamy.

"Kami disiasat oleh Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, polis, Jabatan Peguam Negara, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)," kata Arul dalam program Soal Jawab TV3 yang disiarkan malam Rabu.

"Semua siasatan masih berterusan. Kami bersedia untuk kembali kepada PAC apabila tarikh baru diberi.

"Bagi saya, siasatan PAC pada masa kini adalah yang terbaik dari kerana ada ahli-ahlinya terdiri daripada kerajaan dan pembangkang. Ia bipartisan," kata Arul, sambil menambah syarikat itu bersedia untuk menghadapi jawatankuasa itu dan membentangkan fakta.

Beliau menambah bahawa semua siasatan telah dilakukan 'secara menyeluruh dan profesional'.

"Siasatan yang sedang dijalankan oleh pelbagai agensi akan mendedahkan tentang semua operasi kewangan 1MDB.

"Biarkan penyiasat meneruskan siasatan mereka dengan cara yang profesional," katanya.

Mengenai pelaksanaan pelan rasionalisasi bagi mengurangkan kadar hutang oleh 1MDB, beliau berkata ia berjalan lancar dan yakin dapat mengurangkannya dalam masa empat hingga enam bulan.

Katanya, uusaha itu  dapat dilaksanakan melalui penjualan beberapa aset dan ekuiti dalam Tun Razak Exchange (TRX), Bandar Malaysia dan Edra Global Energy.


"Saya yakin tempoh masa itu bersesuaian dengan keadaan syarikat dan juga keadaan pasaran," katanya.

Beliau berkata pelabur yakin terhadap aset 1MDB yang mempunyai asas kukuh termasuk Edra Energy yang menjana hasil kira-kira RM5 bilion setahun.

Selain itu, Arul Kanda berkata kira-kira 40 syarikat antarabangsa berminat menjadi rakan kongsi pembangunan Bandar Malaysia.

Menurutnya cabaran utama 1MDB pada masa ini ialah untuk menstabilkan situasi kewangan syarikat dengan menyelesaikan hutangnya.


Beliau yang kelihatan tenang semasa temu bual itu berharap syarikat dapat menjana pendapatan dan keuntungan pada masa akan datang.


"Kita berada di landasan untuk memenuhi objektif pembangunan strategiknya," kata beliau.


Terdahulu, Arul Kanda yang pernah berkhidmat dalam sektor kewangan di Timur Tengah, berkata pelan rasionalisasi hutang firma pembangunan strategik itu memberi cabaran kepada beliau sebagai profesional perbankan.


Ditanya mengenai keperluan model perniagaan seperti 1MDB di Malaysia berikutan kewujudan Khazanah Nasional yang boleh menyebabkan pertindihan peranan, Arul Kanda berkata: " Pada asalnya Khazanah dan 1MDB adalah 'complementary' (pelengkap), maknanya menyokong satu sama lain." 


Namun kata beliau, 1MDB kini melaksanakan projek 'greefields' (baharu) seperti pembangunan tanah di TRX manakala Khazanah pula berjaya menguruskan aset kerajaan sedia ada seperti Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Bhd dan sebagainya selain melaksanakan projek baharu seperti Iskandar Malaysia.


Khazanah adalah dana pelaburan strategik kerajaan manakala 1MDB pula syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan.
Ia melaksanakan inisiatif dipacu pasaran bagi membantu mentransformasikan Malaysia menjadi ekonomi pesat berkembang, berdaya saing tinggi, terangkum dan mampan.
Tags / Kata Kunci: 1MDB , Arul Kanda , PAC

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan