Syabas Sedia Pelan Induk Lima Tahun Hingga 2019 - Berita Semasa | mStar

Syabas Sedia Pelan Induk Lima Tahun Hingga 2019

Diterbitkan: Rabu, 12 Ogos 2015 9:16 AM

syabas
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menyediakan pelan induk lima tahun bermula tahun ini hingga 2019 yang membabitkan perbelanjaan RM4.3 bilion.

Pelan induk itu sebagai persediaan kepada pengambilalihan pengurusan industri air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya oleh kerajaan Selangor yang dijangka pada September ini.

Pengerusi Eksekutif Syabas Tan Sri Rozali Ismail berkata antara matlamat penting dalam pelan itu ialah langkah meningkatkan kapasiti bekalan air terawat sekurang-kurangnya 25 peratus (1,600 juta liter sehari) yang memerlukan kos kira-kira RM1.9 bilion.

"Sekiranya pengendalian pengurusan air dan loji-loji yang ditadbir Puncak Niaga melalui Syabas dapat diserahkan kepada anak syarikat kerajaan Selangor iaitu Syarikat Air Selangor Sdn Bhd pada 13 Sept ini, Syabas akan mengemukakan dan membincangkan pelan ini dengan kerajaan Selangor.

"Namun, jika perkara ini tertangguh lagi (tidak berlaku pengambilalihan pada 13 Sept), Syabas tetap mengemukakan pelan ini kepada kerajaan  Selangor dan kerajaan Persekutuan (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air)," katanya pada sidang media di sini.

Rozali yang juga Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga (M) Sdn Bhd berkata 13 Sept ini merupakan tarikh akhir bagi kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor menyelesaikan masalah berbangkit mengenai pengambilalihan industri air itu selepas Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Air ditandatangani pada 10 Julai lepas.

Pemeteraian Perjanjian Tambahan itu membabitkan kerajaan Persekutuan, kerajaan Selangor, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Syarikat Air Selangor Sdn Bhd memberi masa 60 hari kepada pihak berkenaan untuk menyelesaikan 'Condition Precedent' (CPs) kepada Perjanjian Utama.

Rozali berkata pelan induk lima tahun itu turut memberi fokus kepada mengurangkan kadar kehilangan air tanpa hasil (NRW) sehingga 25 peratus yang memerlukan kos kira-kira RM1.05 bilion.

Optimis dengan keupayaan kerajaan Selangor untuk mengambil alih industri air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, beliau berkata pelan induk itu antara lain merangkumi usaha meningkatkan perkhidmatan pengguna domestik dan komersil, menaik taraf aset sistem bekalan air dan memodenkan proses kerja dengan bantuan teknologi maklumat dan komunikasi dalam semua aspek operasi.

Tags / Kata Kunci: Syabas , Air
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan