MH370: Serpihan Di Maldives Mungkin Dibawa Balik Ke Malaysia - Tiong Lai

Diterbitkan: Rabu, 12 Ogos 2015 6:39 PM

Liow Tiong Lai.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Serpihan yang ditemui dekat Maldives mungkin akan dibawa balik ke Malaysia untuk disiasat dan disahkan berhubung kaitannya dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, serpihan itu akan dibawa balik sekiranya terdapat keperluan untuk pengesahan lanjut mengenai asalnya.

Beliau berkata, pasukan Malaysia sudah berada di Maldives dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengesahkan serpihan itu.

"Pasukan kita sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa di Maldives untuk mengesahkan sekiranya serpihan itu adalah milik Boeing 777.

"Kemudian kita akan melakukan proses pengesahan lanjut dan akan membawa serpihan itu ke Malaysia sekiranya terdapat keperluan untuk berbuat demikian," kata Liow pada sidang media di sini, Rabu.

"Tunggu butiran mengenai pengesahan dan analisis yang dijalankan oleh pakar-pakar," katanya.

Beliau menambah, pasukan Malaysia turut dihantar ke Pulau Reunion di mana lokasi serpihan 'flaperon' milik pesawat MH370 dijumpai.


Tags / Kata Kunci: Liow Tiong Lai , MH370

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan