Tun M Didorong Kemarahan Terhadap Najib - Nazri

Diterbitkan: Rabu, 12 Ogos 2015 9:09 PM

Nazri Aziz.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazri Aziz mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengatakan bahawa demokrasi telah mati ketika beliau menjadi perdana menteri.

"Bukankah beliau (Dr Mahathir) menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka yang cuba menimbulkan huru-hara terhadap kerajaan? 

"Beliau rasa jadi perdana menteri ini sangat bagus, masa itulah undang-undang habis diterbalikkan, dipecat Ketua Hakim," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Nazri mengulas mengenai kenyataan di blog Dr Mahathir baru-baru ini yang mendakwa bahawa demokrasi di negara ini telah mati.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu menambah bahawa Dr Mahathir membuat kenyataan yang mengelirukan kerana didorong oleh kemarahan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Tak apa kalau beliau hendak menyalahkan kita sekiranya beliau tidak pernah menjadi perdana menteri dan tidak mempunyai rekod pencapaian.

"Tetapi rekod beliau teruk," katanya.

Menurut Nazri, jika demokrasi telah mati, blog Dr Mahathir mungkin telah ditutup dan menegaskan bahawa ia masih boleh diakses orang ramai.

"Jika kita mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang, ia tidak bermakna tiada demokrasi," katanya.

Tags / Kata Kunci: Nazri Aziz , Dr Mahathir Mohamad

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan