JACC Sahkan Flaperon Dari MH370

Diterbitkan: Rabu, 12 Ogos 2015 11:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) akhirnya mengesahkan bahawa bahagian sayap pesawat dikenali sebagai flaperon yang ditemui di Pulau Reunion milik Perancis ialah dari MH370 yang hilang.  

"Pemeriksaan seterusnya menunjukkan bahawa dalam semua kemungkinan, serpihan, bahagian sayap dikenali sebagai flaperon, ialah dari MH370," kata JACC dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada 29 Julai lepas, kepingan sayap pesawat telah ditemui di pantai Pulau Reunion dan dihantar ke Perancis untuk analisis lanjut.

Pada 6 Ogos, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa bahagian flaperon yang ditemui itu ialah sebahagian daripada komponen pesawat.

Penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac, 2014 setelah berlepas dari Kuala Lumpur bersama 239 penumpang dan anak kapal, antara mereka ialah 154 penumpang warga China. 

Mengenai perkembangan operasi mencari, JACC berkata, Fugro Discovery, kapal mencari MH370, telah tiba du Lautan Hindi dan telah memulakan operasi awal Rabu.

"Fugro Equator tiba di Fremantle, Australia pagi tadi untuk operasi rutin mengisi semula bekalan dan akan berlepas ke kawasan pencarian pada Khamis," katanya.

Sementara itu, Menteri di Pejabat Presiden Maldives, Mohamed Shareef dipetik oleh Agence France-Presse (AFP) sebagai berkata tiga pakar penerbangan dari Malaysia telah mula memeriksa serpihan yang dijumpai di pulau itu pada Rabu untuk menentukan sama ada ia bangkai daripada pesawat MH370.

Mohamed Shareef berkata, ketiga-tiga mereka, diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, telah menemui pihak berkuasa tempatan dan memeriksa serpihan selepas tiba di kepulauan itu pada malam Selasa.

Shareef memberitahu AFP dalam satu perbualan telefon bahawa pakar-pakar tersebut akan kembali ke Malaysia pada lewat Rabu sebelum melaporkan kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Tags / Kata Kunci: JACC , MH370 , flaperon

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan