Gangguan Bekalan Air Berjadual Di Klang, Shah Alam, Kuala Langat 24 Ogos

Diterbitkan: Rabu, 12 Ogos 2015 10:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di sekitar wilayah Klang/Shah Alam dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air selama 16 jam bermula 9 pagi pada 24 Ogos ini. 

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Priscilla Alfred berkata, gangguan sehingga 1 tengah hari keesokannya bertujuan membolehkan penukaran injap kupu-kupu baharu dilakukan bagi menaik taraf sistem bekalan air.

Antara kawasan di wilayah Klang/Shah Alam yang terbabit dengan gangguan bekalan air itu ialah Persiaran Raja Muda Musa, Kampung Delek Baru, Kampung Sungai Udang, Jalan Sungai Bertik dan Jalan Teluk Pulai.

Di wilayah Kuala Langat pula, kawasan terlibat ialah di Batu 7 dan Batu 8 Sijangkang, Batu 9 Kampung Medan, Taman Desa Sijangkang, Taman Riveria Perdana dan Taman Permai Sijangkang, katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, gangguan itu turut melibatkan kawasan Hospital Kesihatan Bandar Botanik, Hospital Arunamari Taman Bayu Perdana, Hospital Pantai Persiaran Raja Muda Musa, Sentosa Specialist Medical Centre dan Pusat Dialisis Jalan Sri Sarawak, Taman Andalas. 

Justeru itu, Priscilla menasihati pengguna di kawasan terlibat supaya membuat persediaan dengan menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan. 

Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung kerja-kerja berjadual itu dengan  memuat turun aplikasi sistem mySYABAS melalui Google Playstore dan Appstore. 

Pengguna juga boleh melayari laman sesawang SYABAS  http://www.syabas.com.my  atau melayari laman web Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan