Tegur Pemimpin Cara Berhemah, Beradab - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2015 5:24 PM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (dua, kanan) bersama Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Datuk Seri Saipolbahari Suib (kanan) menjamu selera bersama warga NAFAS pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri NAFAS dekat Damansara, Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ahmad Shabery Cheek menasihatkan anggota-anggota parti supaya menegur pemimpin parti secara berhemah walaupun tidak berpuas hati dengan pemimpin berkenaan.

Beliau berkata anggota parti perlu mengekalkan sikap santun dengan menegur pemimpin secara baik dan menggunakan saluran yang betul.

"Saya faham ramai yang tidak puas hati dengan beberapa isu, tetapi mahu menegur biarlah dengan santun, bukan mengherdik dan menggunakan kata-kata kurang baik.

"Tidak kira mahu menegur pemimpin atau bekas pemimpin, ia perlu dengan cara beradab," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Hari Raya Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) di sini, Selasa.

Beliau mengulas tindakan sesetengah anggota Umno yang membuat teguran secara terbuka terhadap pemimpin parti.

Mengenai perkembangan lain, Ahmad Shabery yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyokong cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan supaya satu akta perlu diwujudkan bagi mengurus dana politik.

Katanya sudah tiba masanya negara mempunyai undang-undang khas bagi mengurus dana politik supaya ia lebih telus dan teratur.

"SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) misalnya boleh menjadi pihak yang memegang amanah bagi mengurus dana politik yang disalurkan untuk kegunaan tertentu," kata beliau. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Ahmad Shabery Cheek , Umno

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan