Stesen Radio 988 Lancar Segmen Kejayaan Usahawan

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2015 2:36 PM

Datuk Dr Wee Ka Siong

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kisah kejayaan sentiasa memberi inspirasi dan untuk memastikan pendengar sentiasa mendapat inspirasi, stesen radio 988 akan memulakan segmen baru, Entrepreneur Success Story (Kisah Kejayaan Usahawan) pada 17 Ogos.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong yang melancarkannya pada Selasa, memuji usaha stesen itu yang dapat menggalakkan perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

"Saya suka usaha murni ini yang dapat berkongsi kisah-kisah kejayaan usahawan dan bagaimana mereka mengatasi masalah mereka," kata Ka Siong dalam ucapannya di Holiday Inn Kuala Lumpur.

Segmen selama tiga minit itu akan menampilkan temu bual dengan usahawan seperti Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat bagi Kemajuan Usahawan Malaysia (SAME) Neil Foo dan ahli perniagaan lain, bersiaran setiap hari dari Isnin hingga Jumaat pada pukul 10 pagi.

Pengerusi Star Radio Group Datuk Mohd Aminuddin Mohd Rouse berkata idea perlu diambil kira berbanding saiz dalam dunia perniagaan kontemporari dan program itu diharapkan dapat memperkenalkan kejayaan inovasi kepada usahawan yang mempunyai cita-cita.
Tags / Kata Kunci: Datuk Dr Wee Ka Siong , PKS

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan