KKLW Akan Siapkan Projek 'Jalan Sakit' Sebelum RMK11 - Jazlan

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2015 11:54 PM

Ahmad Jazlan (tengah) bersama Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Infrastruktur kementeriannya, Wan Azila Wati Wan Mahmood (kiri) ketika meninjau projek menaik taraf Jalan Tok Bok ke Selising, Pasir Puteh, Selasa. Projek ini mengalami kelewatan dan tidak dapat disiapkan mengikut jadual asal. Turut hadir Penolong Pengarah Jalan JKR Kelantan Tuan Afendey Tuan Mood (kanan). Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

MACHANG: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan berusaha untuk menyiapkan jalan-jalan luar bandar yang dikategorikan sebagai 'projek sakit' sebelum Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) bermula.

Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, kontraktor yang gagal menyiapkan projek berkenaan akan dipanggil untuk mengemukakan sebab sebelum sebarang tindakan diambil terhadap mereka.

"Jika mereka gagal memberi jawapan munasabah (mengenai kegagalan menyiapkan projek) terpulang kepada pegawai yang bertanggungjawab mengambil tindakan termasuk menyenaraihitamkan mereka," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke projek terbengkalai Jalan Tok Bok, Machang ke Selising, Pasir Puteh di sini, Selasa.

Ahmad Jazlan berkata, kementeriannya akan turun padang dan menyenaraikan jumlah projek yang gagal disiapkan oleh kontraktor dalam tempoh yang ditetapkan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, kementerian berkenaan kecewa kerana terdapat segelintir kontraktor Bumiputera yang diberi tender namun tidak mengendahkan kerja-kerja menyiapkan projek walaupun tarikh akhir telah dilanjutkan beberapa kali.

Katanya, antara projek yang gagal disiapkan termasuk jalan Jalan Tok Bok, Machang ke Selising, Pasir Puteh Tok Bok sepanjang lebih 15 kilometer bernilai RM100 juta yang sepatutnya siap pada 2013.

"Tetapi projek berkenaan masih gagal disiapkan hingga timbulnya persepsi negatif terhadap kerajaan," katanya.

Anggota Parlimen Machang itu berkata, jalan berkenaan penting bagi menghubungkan jajahan Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh dan Bachok.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mukim Tok Bok Wan Mahmood Wan Draman, 55, berkata jalan berkenaan turut memberi faedah kepada kira-kira 3,000 penduduk di sekitarnya. 

Bagaimanapun katanya, jalan itu masih tidak dapat digunakan kerana digenangi air dan lumpur terutama ketika musim hujan.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Jazlan Yaakub

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan