Sekolah Tak Perlu Buat Majlis Besar-Besaran - Mahdzir Khalid

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2015 1:20 PM

Mahdzir Khalid

Datuk Seri Mahdzir Khalid

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Pengurusan sekolah tidak perlu membuat majlis sambutan besar-besaran bersempena lawatan menteri ataupun pegawai tinggi kementerian, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata memadai mengadakan majlis sambutan secara sederhana dan tidak melibatkan kos yang tinggi dan persediaan yang banyak sehingga menyebabkan pihak sekolah berasa tertekan dengan lawatan itu.

"Sesuai dengan peredaran (masa) ... kami tak mahu bebankan sekolah kerana lawatan (menteri atau pegawai tinggi kementerian). Buat ala kadar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Kebangsaan ke-21 dan Persidangan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia ke-33 di sini, Isnin.

Katanya arahan berkenaan perkara itu sudahpun dikeluarkan dan pekeliling umum yang berkenaan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Mahdzir berkata arahan itu mungkin akan diperluaskan untuk meliputi acara lain yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan.

Katanya arahan ini selari dengan hasratnya untuk melihat sektor pendidikan di negara ini menggambarkan kegembiraan, keterbukaan dan kebajikan.

"Kita di landasan untuk membina sebuah negara bangsa. Kita sudah ada pelan, kita sudah ada dasar cuma kaedah itu sahaja yang kita ubah suai," katanya.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata kementerian telah menubuhkan satu pasukan untuk mengkaji tahap tekanan yang dihadapi guru yang dibebani tugas di luar tugas hakiki.

Menurutnya, pasukan itu yang dianggotai pegawai tinggi kementerian akan turut mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan termasuk majlis guru dan kesatuan sekerja.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan