Ringgit Cecah 3.96 Berbanding Dolar AS

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2015 9:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup 0.7 peratus lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, mencecah paras 3.96 setiap dolar, bagi pertama kali sejak krisis kewangan Asia pada 17 tahun lepas. 

Pada pukul 5 petang, mata wang tempatan itu disebut pada 3.9600/9630 berbanding dolar AS daripada 3.9270/9300 pada Isnin. 

"Selain daripada tekanan kejatuhan harga minyak mentah dan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutan AS, ringgit juga menghadapi cabaran kejatuhan harga bon kerajaan dan penurunan nilai mata wang China, yuan, hari ini," katanya. 

Ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama kecuali berbanding dolar Singapura.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.8302/8333 daripada 2.8305/8349 pada Isnin. 

Ringgit susut berbanding yen kepada 3.1723/1752 daripada 3.1492/1523 pada Isnin. 

Ia rendah berbanding pound sterling kepada 6.1701/1759 daripada 6.0755/0809 pada Isnin dan susut berbanding euro pada 4.3651/3700 daripada 4.3056/3100 sebelum ini. - Bernama

Tags / Kata Kunci: ringgit

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan