Rampasan MT Joaquim Insiden Pertama Dalam Kawasan Maritim Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2015 8:17 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rampasan kapal tangki berdaftar di Singapura, MT Joaquim, yang hilang di perairan Selangor adalah insiden pertama yang berlaku di kawasan maritim negara di Selat Melaka tahun ini.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata ini berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan.


"Rondaan dan pemantauan kawasan-kawasan maritim Malaysia termasuk di Selat Melaka telah dijalankan dengan aktif oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan agensi lain termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini Isnin.


Kapal tangki itu yang sarat dengan muatan 3,500 tan minyak mentah marin membawa sepuluh kru, dilaporkan hilang semasa dalam pelayaran dari Tanjung Pinang, Indonesia ke Pulau Langkawi di Kedah.

Kapal tangki itu dijumpai pada Ahad tetapi kargonya bernilai RM2.8 juta dicuri.


Beliau berkata negara-negara pesisir Selat Melaka dan Singapura telah melaksanakan peraturan kerjasama dalam bentuk Rondaan Selat Melaka (MSP) pada 2004.

Anifah berkata MSP terdiri daripada dua komponen - Rondaan Laut Selat Melaka (MSSP) dan rondaan udara maritim 'Eyes in the Sky' (EiS).


Ia terbukti berjaya mengurangkan bilangan kegiatan pelanunan dan rompakan di laut (sebenar dan percubaan) di Selat Melaka dan Singapura daripada 38 kes pada 2004 kepada 02 kes pada 2014.


Justeru, beliau berkata Malaysia menggesa negara-negara pesisir untuk mengukuhkan lagi kerjasama di bawah rangka kerja sedia ada, meningkatkan perkongsian maklumat dan perisikan serta menjalankan usaha secara kolektif untuk memastikan keselamatan secara berterusan di Selat Melaka.

Mengenai tawaran bantuan asing, Malaysia berpendapat bahawa negeri-negeri pesisir pantai mempunyai tanggungjawab utama untuk memastikan keselamatan di Selat Melaka dan Singapura, katanya.


"Bantuan sedemikian terhad kepada usaha membangunkan kapasiti, perkongsian maklumat dan perisikan, dan bantuan tersebut tidak menjejaskan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah," kata beliau.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata sejumlah 28 kapal dan empat pesawat telah dikerah untuk misi mencari dan menyelamat kapal tangki tersebut.


"Pihak berkuasa maritim Malaysia mendapat kerjasama yang baik daripada Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Laut Diraja Thailand, Angkatan Laut Nasional  Indonesia, Tentera Laut Singapura dan Pengawal Pantai Polis Singapura," kata beliau pada sidang media di sini Isnin.

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Anifah Aman , MT Joaquim

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan