Pembayaran Elektronik Sepenuhnya Di Lima Plaza Tol Bermula 9 September

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2015 1:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembayaran tol di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Jitra, Bukit Kayu Hitam (Lebuhraya Utara Selatan), Lunas dan Kubang Semang (Lebuhraya Butterworth-Kulim) akan dilakukan secara elektronik  menggunakan kad Touch 'n Go dan PLUSmiles serta SmartTAG bermula 9 September ini.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Mohammad Fuad Khusairi berkata pengguna yang membayar secara tunai di lima plaza tol itu perlu berhijrah kepada sistem kutipan tol elektronik secepat mungkin.

"Untuk memudahkan pembelian dan pengisian semula kad PLUSMiles dan Touch 'n Go, pengguna lebuh raya boleh membeli kad PLUSMiles dan Touch 'n Go dengan nilai  sedia ada sebanyak RM5 (kad adalah percuma) di plaza tol berkenaan mulai sekarang hingga 31 Disember 2015, kata beliau dalam satu kenyataan Selasa.

Pengguna lebuh raya boleh juga membeli peranti SmartTAG pada harga promosi RM96 (termasuk cukai barang dan perkhidmatan enam peratus)di kesemua lima plaza tol itu sehingga 30 Sept ini (selagi stok masih ada).

Mohammad Fuad berkata pengguna Kelas 1 yang membayar secara elektronik di plaza tol Jitra, Bukit Kayu Hitam, Lunas dan Kubang Semang juga akan menikmati 20 peratus rebet tol mulai 1 Sept hingga 31 Dis tahun ini.

Pengguna Jambatan Pulau Pinang yang menikmati diskaun 20 peratus sekarang ini tidak layak mendapat rebet tol 20 peratus itu.

Inisiatif pembayaran tol elektronik sepenuhnya itu berjaya dilaksanakan di Bangunan Sultan Iskandar (2008), Lebuhraya Linkedua (berperingkat sejak 2009), Plaza Tol Kempas (2014), Batu Tiga dan Sungai Rasau (Nov 2014) serta Mambau dan Lukut di Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Jun lepas.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan