Karyawan Melayu Australia Pamer Lukisan Di Galeri Petronas

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2015 10:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang karyawan Melayu Australia akan mempamerkan lukisannya yang diilhamkan daripada keunikan warisan Melayu, di Galeri Petronas di sini dari 1 hingga 16 Ogos.

Abdul-Rahman Abdullah, yang kini menjadi warga Perth, Australia berkata beliau mendapat ilham untuk menghasilkan karya itu daripada pengalaman menjejaki susur galur warisan Melayu dan Islam nenek moyang sebelah ibunya termasuk dari segi budaya dan sejarah ketika melawat Malaysia.

"Saya juga mendapat ilham daripada kekayaan landskap dan kepelbagaian yang dimiliki rakyat Malaysia untuk diabadikan dalam lukisan saya," katanya pada sidang akhbar mengenai pameran itu yang bertajuk 'A Cross Cultural Exchange through Art', di sini, Selasa.

Kini, Abdul-Rahman memberi tumpuan utama kepada seni ukir, seni pemasangan dan lukisan.

Pameran itu adalah sebahagian dripada program pertukaran karyawan tamu yang dilaksanakan Petronas bagi memartabatkan kemajuan seni dan budaya dengan memperagakan karya mereka kepada orang ramai bagi membantu menyuburkan minat masyarakat terhadap bidang kesenian.

"Program karyawan ini merupakan peluang unik bagi saya untuk meningkatkan kefahaman tentang bagaimana warisan budaya saya boleh dijejaki melalui sejarah dan pembangunan masyarakat Melayu Islam di Asia Tenggara," katanya.

Abdul-Rahman, yang ibunya berasal dari Kampung Linggi, Negeri Sembilan, adalah pemenang 2015 Wynne Prize iaitu anugerah tahunan yang memberi pengiktirafan terhadap lukisan landskap terbaik bertemakan keindahan pemandangan di Australia melalui medium minyak dan catan air.

Sementara itu, kurator Galeri Petronas, penulis dan pelukis Badrolhisyam Mohamad Tahir mewakili Malaysia dalam program karyawan tamu dari 1 hingga 4 Jun lepas di Muzium Islam Australia, Melbourne.

Sepanjang berada di sana, Badrolhisyam didedahkan kepada kehidupan masyarakat Islam Melbourne dan menyertai sesi perkongsian dengan pelajar Australian International Academy dalam meneroka isu berkaitan budaya dan bidang tugas kurator.

Tags / Kata Kunci: Melayu , Galeri Petronas

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan