Malaysia, Brunei Ulangi Komitmen Tingkat Kerjasama - Berita Semasa | mStar

Malaysia, Brunei Ulangi Komitmen Tingkat Kerjasama

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2015 2:15 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan pegawai tinggi kerajaan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Seri Begawan pagi Selasa bagi memulakan lawatan kerja ke Brunei Darussalam bersempena Rundingan Tahunan Pemimpin kali Ke-19 bersama Sultan Brunei. Siri Rundingan Tahunan Antara Ketua-Ketua Kerajaan Malaysia dan Brunei diadakan secara bergilir antara kedua-dua negara. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BANDAR SERI BEGAWAN: Malaysia dan Brunei Darussalam pada Selasa mengulangi komitmen mereka untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang kepentingan bersama demi manfaat kedua-dua negara.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, menzahirkan rasa gembira mereka dengan perkembangan menggalakkan di bawah pelaksanaan Pertukaran Surat ditandatangani oleh pemimpin kedua-dua negara pada 16 Mac 2009, dalam kenyataan bersama dikeluarkan selepas Rundingan Tahunan Pemimpin kali ke-19 di Istana Nurul Iman di sini.

Pada mesyuarat itu, kedua-dua pemimpin mengambil perhatian peranan penting Pertukaran Surat dalam memperkukuhkan lagi hubungan mesra dan istimewa antara kedua-dua negara dan dalam meningkatkan kerjasama strategik.

Kenyataan bersama itu turut menyatakan kedua-dua pemimpin berpuas hati dengan kemajuan hasil kerja pasukan teknikal bersama bagi tanda sempadan dan ukur kawasan sempadan daratan antara Malaysia dan Brunei Darussalam, serta kemajuan kerja di beberapa kawasan penting.

"Kedua-dua pemimpin menggesa kedua-dua pihak untuk menjalankan kerja ukur dan tanda sempadan dengan cepat dan cekap, khususnya di kawasan yang menjadi kepentingan utama kepada rakyat kedua-dua negara," menurut kenyataan itu.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan