Tun M Cemburu, Sindir Ku Nan

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2015 2:30 PM

Tengku Adnan merasmikan pembukaan Jalan Genting Kelang dari persimpangan Jalan 1/27A hingga ke persimpangan Jalan Lingkaran Tengah II di Kuala Lumpur pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengatakan bekas Perdana Menteri itu cemburu melihat kejayaan yang dicapai Malaysia hari ini.

Tanpa menyebut nama Dr Mahathir, sindiran itu dilihat ditujukan kepada pemimpin veteran Umno berkenaan yang lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Mereka serang PM, dia kata macam-macam sehingga sekarang ekonomi kita terjejas, begitu juga nilai mata wang. Macam-macam dia buat, kononnya tidak yakin.

"Tak ada keyakinan itu siapa, segelintir manusia dalam negara kita yang rakus, tak dapat capai matlamat mereka. Ada yang nak jadi perdana menteri (PM) tak dapat jadi PM, ada yang dah jadi PM barangkali cemburu di atas kejayaan yang kita capai pada hari ini dan macam-macam lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pembukaan Jalan Genting Kelang dari persimpangan Jalan 1/27A hingga ke persimpangan Jalan Lingkaran Tengah II di sini, Selasa.

Menurut Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, negara akan musnah sekiranya sikap angkuh menguasai diri seseorang.

"Sikap dengki dan busuk hati masih lagi boleh diubati, tapi apabila angkuh dan fikir anda selalu betul, itu yang akan memusnahkan kita," katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengecam tindakan kumpulan pro pembangkang yang merancang untuk mengadakan perhimpunan Bersih 4 bagi menuntut sebuah kerajaan yang bersih pada 29 Ogos ini.

"Kita sedar mereka akan buat demonstrasi besar-besaran pada 29 Ogos ini,  konon nak berhimpun depan Dataran DBKL. Mengapa anda lakukan perkara ini?

"Apa yang kerajaan lakukan semua salah, padahal cuba mereka renungkan apa yang benar dan yang salah. Lebih banyak kebenaran daripada yang salah seperti mereka sebutkan," katanya.

Justeru, beliau meminta rakyat di negara ini supaya berfikir sedalam-dalam sebelum mempercayai tuduhan jahat yang dilemparkan terhadap kerajaan.

"Tolonglah jangan musnahkan apa yang kita capai pada hari ini. Jangan ikut hati, kalau ikut hati mati, apatah lagi jika hati kita ini angkuh. Apabila anda ada sikap angkuh dalam hati, percayalah kita akan musnah," katanya.

Terdahulu, Tengku Adnan mengumumkan Jalan Genting Kelang dari Persimpangan Jalan 1/27A hingga persimpangan Jalan Lingkaran Tengah II sudah siap sepenuhnya dan dibuka untuk kegunaan orang ramai.

Jalan tersebut yang mengambil masa selama 26 bulan untuk disiapkan, dinaiktaraf daripada empat lorong kepada enam lorong dengan tiga lorong setiap hala.

"Alhamdulillah, akhirnya projek ini dapat disiapkan walaupun menghadapi pelbagai kesukaran, lebih-lebih lagi apabila melibatkan pelebaran jalan utama dengan aliran trafik yang sentiasa sesak pada waktu puncak.

"Dengan siapnya kedua-dua fasa ini, ianya dapat meningkatkan lagi kapasiti aliran lalu-lintas dan memberi pemanduan yang lebih lancar," katanya.

Jalan Genting Kelang merupakan salah satu jalan utama dari Pusat Bandaraya ke timur laut Kuala Lumpur untuk ke beberapa kawasan kediaman seperti Wangsa Maju, Taman Bunga Raya, Taman Melati, Taman Permata dan Universiti Tungku Abdul Rahman.



iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan