Justo Dihadapkan Ke Mahkamah 17 Ogos

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2015 3:43 PM

Justo akan didakwa kerana memeras ugut pada 17 Ogos ini.

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Xavier Andre Justo, rakyat Switzerland yang dituduh memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International, dijangka hadir  di mahkamah untuk pendengaran kesnya pada 17 Ogos.

Justo akan hadir di Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok pada tarikh itu, kata seorang pegawai mahkamah.

Di bawah Kanun Keseksaan Thailand, kesalahan melakukan peras ugut boleh dikenakan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun serta denda antara 2,000 baht (RM225) hingga 20,000 baht (RM2,250).

Menurut pegawai itu, pihak pendakwa telah memfailkan kes berkenaan, Isnin.

Justo ditangkap di pulau peranginan Koh Samui di selatan Thailand pada 22 Jun.

Polis Thailand selesai menyiasat kes itu minggu lepas.

Kes Justo menarik minat mendalam di Malaysia berikutan kewujudan projek usaha sama antara PetroSaudi International dan 1Malaysia Development Bhd. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Justo , PetroSaudi International , Thailand

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan