Umno Johor Dijangka Bincang Isu Jambatan Bengkok Hujung Bulan Ini

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2015 3:50 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Umno Johor dijangka akan membincangkan isu pembinaan jambatan bengkok pada mesyuarat badan perhubungannya hujung bulan ini.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Johor Md Jais Sarday berkata bagaimanapun terserah kepada jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Johor untuk membuat sebarang keputusan mengenai pembinaannya.

"Setakat ini kita belum bincang mengenai jambatan ini. Hujung bulan ini iaitu selepas semua Mesyuarat Perwakilan Bahagian Umno selesai, kita akan adakan mesyuarat badan perhubungan.

"Maknanya, perkara berkenaan akan dibangkitkan dalam mesyuarat itu," katanya yang ditemui pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Kumpulan Perbadanan Bioteknologi  and  Biodiversiti Negeri Johor (J-Biotech), di sini, Isnin.

Md Jais yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor berkata demikian sebagai mengulas ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai jambatan itu ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang, pada Ahad.

Najib dalam nada spontan pada ucapan itu berkata: "Nak buat jambatan bengkok, saya serah kepada Umno Johor tetapi mesti kena ada asasnya".

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Md Jais berkata Umno Johor akan mengumpulkan anggotanya yang mempunyai kelulusan pendidikan tinggi, September ini, untuk membincangkan hala tuju parti dalam zaman moden ketika ini.

Beliau berkata usaha terbabit selaras dengan Pelan Masa Depan Umno untuk 10 tahun akan datang memandangkan Umno perlu menjadi parti yang sesuai dalam corak pemikiran anak muda supaya ia kekal relevan.

"Kita ada senarai 547 orang graduan dalam kalangan Wanita, Pemuda dan Puteri yang selama ini hanya menjadi anggota jawatankuasa biasa di dalam parti.

"Mereka hendak memberikan sumbangan tetapi tiada peluang, jadi kita akan kumpulkan mereka untuk bincang hala tuju parti supaya sesuai dengan zaman," katanya.

Tags / Kata Kunci: Umno , Johor

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan