"Saya Nak Dapatkan Derma Untuk UIAM Pun Susah," - Tun M

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2015 2:13 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah sukar untuk mendapatkan sumbangan daripada penderma ketika beliau menjadi perdana menteri.

Oleh sebab itu, Dr Mahathir berkata beliau tidak percaya apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sejumlah wang yang besar dimasukkan ke akaun peribadinya adalah wang yang disumbangkan oleh seseorang dari Timur Tengah.

"Siapa di dunia ini yang akan mendermakan AS$700 juta kepada perdana menteri Malaysia? Obama pun tidak dapat memperoleh jumlah ini untuk tawaran bidaan presiden beliau. Beliau berkata ia daripada seseorang dari Arab.

"Orang Arab memang murah hati, tetapi tidak sampai ke tahap itu. Saya tidak boleh mendapatkan walaupun satu dolar daripada mereka untuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atau untuk Pusat Islam Oxford," tegasnya dalam entri terbaru di laman blognya chedet.cc , pada Isnin.

Dr Mahathir berkata, dakwaan wang sumbangan berbilion ringgit itu telah digambarkan sebagai sesuatu yang mengarut dan bodoh.

"Sudah tentu saya tidak percaya dan begitu juga majoriti rakyat Malaysia jika kita melihat kepada komen-komen di media sosial.

"Dunia mentertawakan kita," katanya lagi.

Menurut Dr Mahathir, tidak seperti dulu, beliau kini tidak lagi berasa gembira apabila ditanya tentang Malaysia yang didakwa berdepan dengan rasuah.

Beliau turut mengaitkannya dengan isu 1MDB dan kepimpinan Najib serta nilai mata wang yang susut.

"Saya tidak dapat menjawab dengan benar. Saya juga tidak boleh berbohong. Ia adalah memalukan. Dan semua ini adalah kerana 1MDB dan Najib," katanya.

Dalam pada itu beliau juga menganggap demokrasi di negara ini telah 'mati' apabila menjadi satu kesalahan sekiranya bercakap mengenai 1MDB.

"Demokrasi sudah mati. Ia mati kerana seorang pemimpin yang dipilih memilih untuk menggulingkan institusi Kerajaan dan menjadikannya alat bagi mengekalkan dirinya," kata Dr Mahathir.

Menerusi blognya kali ini, Dr Mahathir dilihat mengimbas kembali kronologi isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bermula dengan laporan yang disiarkan oleh The Edge sehinggalah kepada penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kabinet.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , The Edge , Tun Dr Mahathir Mohamad

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan