Masalah Negara Selesai Jika Pemimpin Yang Menjadi Punca Berundur - Tun M

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2015 6:15 PM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata semua krisis semasa yang membelenggu negara dan masyarakat ketika ini boleh diselesaikan dengan pengunduran pemimpin yang menjadi punca masalah.

Menurut beliau, saranan itu merupakan jalan penyelesaian yang ringkas dan mudah namun tidak mudah untuk dilaksanakan.

"Tukar orang yang menjadi punca krisis.

"Tapi biasanya yang ringkas itulah yang susah untuk dilakukan," katanya ketika sesi dialog bersama pelajar-pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) sempena Pesta Minda Malaysia ke-11 di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta memberi pandangan mengenai formula terbaik untuk menyelesaikan pelbagai isu di negara ini termasuklah krisis kejatuhan nilai ringgit.

Beliau turut ditanya apakah yang akan berlaku kepada Malaysia jika Wawasan 2020 gagal dicapai.

Menjawab soalan tersebut, Dr Mahathir berkata negara telah mempunyai satu sistem yang baik untuk ke arah Wawasan 2020 tetapi ia telah 'dirampas'.

Sistem tersebut ialah institusi dan agensi kerajaan termasuklah polis, tentera, badan perundangan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sebagainya.

"Sayang sekali seseorang telah 'hijacked' keseluruhan sistem itu.

"Sistem itu yang dibangunkan untuk menyelesaikan masalah tapi sebaliknya digunakan untuk mencetuskan masalah," katanya.

Beliau berkata Wawasan 2020 akan tersekat apabila sistem itu dirampas dan hanya akan dapat bergerak semula dengan adanya perubahan pemimpin.

"Sehingga ada perubahan pemimpin barulah kita boleh mencapai Wawasan 2020 malah lebih daripada itu," katanya.

Namun ketika ditanya apakah yang akan dilakukan jika beliau berpeluang menjadi perdana menteri sekali lagi Dr Mahathir berkata masanya sudah tamat dan beliau mahu memberi peluang kepada golongan muda untuk mentadbir negara.

"Ini negara demokrasi, generasi masa kini perlu bijak memilih pemimpin yang bagus.

"Bagi saya, masa saya sudah tamat," katanya.


Tags / Kata Kunci: Utar , Dr Mahathir

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan