Tapak Tangan Kanan Di Dada Kiri Ketika 'Negaraku' Berkumandang

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2015 6:15 PM

Atlet-atlet negara meletakkan tangan kanan di dada ketika lagu Negaraku dimainkan.

(Ubah saiz teks)

KOTA BELUD: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan meminta semua anggota kementeriannya agar meletakkan tapak tangan kanan di atas dada kiri ketika lagu 'Negaraku' dikumandangkan pada majlis rasmi, mulai Isnin.

Abdul Rahman, yang juga Anggota Parlimen Kota Belud, berkata langkah itu sebagai mengukuhkan lagi penghayatan terhadap lagu kebangsaan serta melambangkan semangat cinta dan kebanggaan tinggi kepada negara.

"Saya ingin mencadangkan, bermula daripada kementerian saya, jika tidak salah dari segi undang-undang dan peraturan kerajaan, saya akan semak dengan Ketua Setiausaha Negara, saya minta semua warga KPKT, apabila menyanyikan lagu Negaraku akan meletakkan tangan kanan di atas jantung mereka.

"Itu adalah isyarat patriotisme yang lebih intim dan lebih peribadi dan saya melihat itu boleh menunjukkan kesungguhan kita untuk menghormati lagu kebangsaan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru peringkat Kota Belud di SMK Taun Gusi 2 di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata beliau akan meminta Ketua Setiausaha kementeriannya untuk melaksanakan arahan itu mulai hari ini. Amalan itu, katanya, boleh dilakukan kerana anggota keselamatan sepertipolis akan tabik sebagai tanda hormat ketika lagu Negaraku dinyanyikan pada majlis rasmi kerajaan.

Tags / Kata Kunci: Tapak tangan di dada , Negaraku

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan