SPRM Sambut Baik Keputusan Batalkan Pemindahan Dua Pengarah

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2015 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malasysia (SPRM) pada Isnin menyambut baik keputusan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa membatalkan pemindahan dua pegawai tertinggi suruhanjaya itu ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, keputusan itu merupakan satu langkah yang bijak.

"Kami juga berterima kasih kepada Tan Sri Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zabidi Zainal kerana terlibat menyelesaikan isu ini.

"SPRM akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya secara bebas, telus dan profesional mengikut Akta SPRM 2009," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ali Hamsa dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua pengarah iaitu Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob - telah dikembalikan semula ke kedudukan mereka sebelum ini berkuatkuasa serta merta (10 Ogos).

Ali Hamsa membatalkan perintah pemindahan mereka selepas beliau berpuas hati dengan penjelasan mengenai kenyataan yang dikeluarkan kepada media.


Tags / Kata Kunci: SPRM , JPM

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan