Dua Pengarah Tertinggi SPRM Dikembalikan Tugas, Pilih Tutup Mulut

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2015 5:31 PM

Bahri meninggalkan ibupejabat SPRM pada pukul 1.30 petang Isnin.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kedua-dua pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang pemindahannya ke Jabatan Perdana Menteri dibatalkan memilih untuk menutup mulut masing-masing.

"Tanya bos saya, beliau sudah kembali," jelas Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin kepada pihak wartawan yang menunggunya ketika beliau meninggalkan ibupejabat SPRM pada pukul 1.30 petang Isnin. 

Beliau terus bergegas ke kenderaan yang sedang menunggunya di luar bangunan sebaik sahaja keluar dari bangunan itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull tiba di rumah pada malam Ahad selepas lawatan rasmi ke New York.

Manakala Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob yang ditukarkan bersama Bahri menunjukkan 'mood' yang baik dan melemparkan senyuman kepada pihak media yang berada di situ.

Rohaizat berada di luar ibupejabat SPRM di Putrajaya, Isnin.


Bagaimana pun, beliau enggan memberi sebarang komen mengenai keputusan kembali bertugas di posisi lamanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan