Tan Sri Zakri Dikurnia Ijazah Kehormat Nottingham

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2015 11:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penasihat Sains kepada kerajaan Tan Sri Zakri Abdul Hamid telah dikurniakan ijazah kehormat Doktor Sains dari Universityof Nottingham, United Kingdom.   

Zakri, Pro-Canselor Universiti Perguruan Sultan Idris menerima ijazah itu daripada Timbalan Naib Canselor universiti itu Prof Karen Cox pada majlis graduasi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya baru-baru ini, menurut kenyataan akhbar universiti itu yang dikeluarkan di sini Isnin.  

Zakri adalah juga Pengerusi Bersama Lembaga Penasihat Saintifik Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (Might) dan Setiausaha agung Society for the Advancement ofBreeding Research in Asia and Oceania (Sabrao), sebuah badan saintifik terkemuka yang menumpukan usaha kepada aspek asas dan praktikal penyelidikan pembiakan dan organisme ekonomik.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan