Amalan Biasa Pemimpin Simpan Wang Dalam Akaun Amanah Parti - Ku Nan

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2015 10:31 PM

Tengku Adnan Mansor (kiri) meninjau sekitar bangunan Oval Damansara selepas merasmikannya pada Isnin. Bersamanya ialah Pengarah JMB Oval Damansara, Kerk Boon Leng (kanan). Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menjadi amalan biasa bagi pemimpin politik untuk menyimpan wang dalam akaun amanah bagi partinya, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. 

"Ya, (amalan biasa) dalam mana-mana parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Oval Damansara di sini pada Isnin ketika ditanya mengenai sumbangan derma dalam akaun amanah Datuk Seri Najib Tun Razak untuk UMNO.

Beliau berkata pihak yang membuat dakwaan berhubung amalan ini hanya cuba untuk melemahkan UMNO. 

Tengku Adnan berkata tuduhan yang dilemparkan terhadap perdana menteri dan presiden UMNO itu cuma "permainan politik untuk melemahkan parti".

"UMNO ialah parti berusia 69 tahun dengan 3.7 juta anggota yang telah menghadapi pelbagai cabaran dan masih berdiri teguh.

"Kami tahu bahawa sesetengah pihak mahu kami gagal. Kami akan memastikan bahawa, apa sahaja yang patut dilakukan, kami akan melakukannya dengan betul, demi negara dan melakukannya untuk masa depan negara kita," katanya.-Bernama

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan