Tuduhan 'Kitar Semula' Dr Mahathir - 1MDB

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2015 10:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus menumpukan kepada pelan rasionalisasinya walaupun menerima tuduhan 'kitar semula' dan tidak dibuktikan daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam catatan terbaharu di blog beliau. 

Dalam kenyataan pada Isnin, 1MDB berkata tuduhan tersebut telah ditangani oleh 1MDB dalam pelbagai kenyataan, termasuk penjelasan terperinci mengenai aliran dana daripada pelaburannya dalam usaha sama dengan PetroSaudi International. 

1MDB berkata tuduhan kitar semula itu bukan sahaja menimbulkan fitnah keatas 1MDB, tetapi turut memberi kesan kepada operasi hariannya. 

"Kami juga memberi penjelasan, beberapa kali, mengenai rasional kami untuknilai yang kami bayar dalam mengambil alih aset tenaga kami. 

"Seperti yang kami jelaskan dalam kenyataan kami bertarikh 30 Jun, 2015,1MDB percaya nilai yang kami bayar untuk aset-aset ini - yang mungkin melibatkan premium dalam keadaan tertentu, sebagai biasa apabila mengambil alih perniagaan lain - sejajar dengan potensi sedia ada dan yang akan datang.  

"1MDB kini mahu terus menumpukan kepada kejayaan pelaksanaan pelan rasionalisasi kami, yang telah dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei, 2015," menurut 1MDB. 

Sejak itu, 1MDB berkata ia telah mencatat kemajuan, bermula dengan pembayaran semula pinjaman berjumlah US$975 juta (kira-kira RM3.6 bilion) dan pemeteraian lembaran jangka mengikat dengan International Petroleum InvestmentCompany (IPIC) yang akan membawa kepada pengurangan hutang syarikat kira-kira RM16 bilion.

"Kami turut melantik perunding hartanah bebas untuk menjana wang daripada tanah-tanah syarikat di Bandar Malaysia, Air Itam dan Pulau Indah," kata 1MDB. 

Mengenai Bandar Malaysia, 1MDB berkata pihaknya menerima minat daripada 40 syarikat tempatan dan antarabangsa untuk menjadi rakan pembangunan bagi projek membabitkan 194.4 hektar (486 ekar) dan mereka kini dalam proses kajian terperinci. 

1MDB juga kini dalam kajian terperinci dengan syarikat tempatan dan antarabangsa yang telah disenarai pendek bagi jualan pelaburannya dalam EdraGlobal Energy Bhd, katanya. 

Katanya secara kolektif, tindakan oleh 1MDB ini akan mengurangkan hutang dengan ketara dan memastikan tiga aset terasnya mampan untuk tempoh jangka panjang, iaitu TRX, Bandar Malaysia dan Edra Global Energy.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Tun Mahathir

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan