Speaker DUN Sabah Teruja Untuk Mulakan Tugas Baharu

Diterbitkan: Ahad, 9 Ogos 2015 7:10 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang baharu dilantik Datuk Syed Abas Syed Ali berasa teruja untuk memulakan tugas baharunya.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung itu berkata beliau tidak menjangka akan  mengambil alih sebagai Speaker kesembilan tetapi mengalu-alukan peranan baharu itu dengan perasaan gembira.

"Sudah tentu saya berasa teruja mengenai tuas baharu saya. Ia sesuatu yang baharu untuk saya. 

"Ia (pelantikan) itu mengejutkan saya setelah berkhidmat sebagai ahli Dewan Undangan Negeri untuk lima penggal. Tetapi dalam usia 67 tahun, saya fikir inilah umur yang sesuai bagi saya untuk menjadi Speaker," katanya.

Syed Abas berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Warisan Harta Sdn. Bhd., yang beliau ialah pengerusi syarikat.

Turut hadir pada majlis rumah terbuka itu ialah Speaker sebelumnya Datuk Seri Dr Salleh Tun Said Keruak, yang dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia susulan rombakan Kabinet persekutuan pada 28 Julai lepas.

Syed Abas berkata Salleh telah melahirkan harapan bahawa penggantinya  akan melaksanakan tugasnya dengan bertanggungjawab.

"Insya-Allah, saya akan bekerja keras sebagai pengganti beliau (Salleh). Ia bukan tugas yang mudah, tetapi saya akan menjalankan tugas baharu saya seperti apa yang diharapkan daripada saya," katanya.

Syed Abas juga berkata beliau akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Warisan Harta apabila pengerusi baharu dilantik, yang dijangka dilakukan sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri akan datang pada November ini.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan