"Umno Tak Akan Dibenarkan Terkubur Di Johor" - MB

Diterbitkan: Ahad, 9 Ogos 2015 12:00 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang hari ini. 
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (dua,kiri)

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berikrar yang Umno Johor akan memastikan parti itu tidak sekali-kali terkubur di negeri ini kerana ia dilahirkan di sini.

"Dalam setiap saraf dan titik darah di dalam batang tubuh kami di Johor, platletnya adalah Umno, dan DNAnya juga tanpa ragu adalah Umno dan selama ini pun Johor adalah benteng Umno yang paling kuat.

"Maka akan kami lakukan apa sahaja untuk membantu Datuk Seri Presiden dalam memastikan Umno ini terus berkelangsungan," katanya dalam ucapan di Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang, di Taman Mawar, dekat sini pada pagi Ahad.

Persidangan ini dirasmikan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Kata Khaled, biarlah badai apa pun yang menghempas, biar gerhana apa pun yang terbias, Umno pasti akan dijaga dengan ikhlas, dengan amanah, dengan keringat dan darah.

"Kami yakin Datuk Seri turut berkongsi pendirian dan rasa seperti mana kami jua. Tiada siapa lebih utama kepada kita kerana yang menjadi keutamaan Umno ialah perjuangan untuk menjaga kepentingan bangsa.

"Selamatkanlah Umno dengan mengajak kepada kesatuan dan permuafakatan kerana inilah satu-satunya institusi yang telah membuahkan begitu banyak kebaikan kepada agama dan bangsa," ujarnya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada para perwakilan.

Menurut Khaled, Umno Pasir Gudang dan Umno Johor mengharapkan jalan pencerahan dan jalan ke hadapan pada saat parti itu dilanda badai dan berada dalam kedudukan yang tidak sepertimana dahulu.

"Kami percaya presiden Umno ada jawapan untuk pencerahan ini. Berilah jalan ke hadapan kepada kami, kepada ahli dan kepada parti.

"Jangan sesekali segala isu yang mendepani kita menjadikan kita seolah-olah terhenti berjuang untuk perkara yang lebih penting. Jangan sesekali kita lupa apa jua hambatan Umno adalah institusi Melayu yang paling penting dan diasaskan untuk melestarikan kepentingan Melayu dan juga Islam," tegasnya.

Oleh kerana itu, kata Khaled lagi, Umno mesti diperlakukan dengan adil. Parti ini telah melakukan kebaikan sepanjang hayatnya untuk Islam, untuk bangsa dan untuk ibu pertiwi.

Umno, tambah beliau lagi, bukanlah milik sesiapa. Ia adalah institusi siasah milik bangsa Melayu milikan ummah.

"Maka tiada siapa yang lebih besar dan lebih gah dari ini semua. Umno dan perjuangan bangsa Melayu mesti diutamakan," jelas Khaled.

Tags / Kata Kunci: Khaled Nordin , Umno Johor , Perdana Menteri

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan