Perairan Malaysia Tetap Selamat - Johari Baharom

Diterbitkan: Ahad, 9 Ogos 2015 8:58 PM

Kapal tangki MT Joaquim.

(Ubah saiz teks)

SIBU: Masyarkat perkapalan antarabangsa diminta agar tidak bimbang dengan ancaman lanun atau perompak semasa melalui perairan Malaysia kerana tahap keselamatannya sentiasa terjamin.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Wira Mohd Johari Baharom berkata aset keselamatan negara sentiasa diletak dalam keadaan siap siaga di samping Malaysia mendapat kerjasama erat daripada negara jiran pesisir perairan seperti Indonesia, Singapura dan Vietnam.

Beliau berkata dengan kerjasama erat itu sebarang kejadian rompakan ke atas kapal dapat diselesai dengan berkesan.

“Walaupun Malaysia mempunyai perairan yang luas dan aset keselamatannya tidak sebanyak seperti China dan Amerika Syarikat, namun negara dapat menjaga keselamatan perairan dengan kerjasama erat yang diberikan negara-negara serantau," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Pahlawan ke-55 dan pelancaran Kempen Tabung Pahlawan peringkat negeri pada Ahad.  

Beliau diminta mengulas mengenai kejadian rompakan kapal yang terbaharu yang melibatkan sebuah kapal tangki MT Joaquim yang membawa muatan 3,500 metrik tan minyak mentah bernilai kira-kira RM2.8 juta.

Ia dilaporkan hilang pada malam Sabtu ketika dalam pelayaran ke Langkawi dari Tanjung Pinang, Indonesia dan ditemui hari ini.

Kejadian dua bulan sebelum ini turut melibatkan kehilangan sebuah kapaltangki iaitu MT Orkim Harmony yang membawa petrol bernilai RM21 juta yang kemudian ditemui semula. 

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan