PDRM Sedia Hantar Pasukan DIV Ke Pulau Reunion

Diterbitkan: Ahad, 9 Ogos 2015 7:15 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) siap sedia untuk menghantar pasukan pengecaman mangsa bencana (DIV) ke Pulau Reunion bagi membantu siasatan berhubung insiden syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Kami siap sedia untuk bergerak sebaik saja kami mengetahui di mana pesawat berada. Apa yang penting sekarang kita menunggu laporan selanjutnya daripada penyelidik; semua pihak yang menjalankan pencarian," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Malam Mesra Sempena Kejohanan Golf Ketua Polis Negara 2015, di sini Sabtu malam.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari imbasan radar pada 8 Mac 2014.

Pada 6 Ogos lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik MH370 yang hilang lebih 17 bulan lalu.

Khalid berkata pihaknya turut mengalu-alukan mana-mana negara termasuk China yang berhasrat untuk bekerjasama dengan PDRM dalam usaha menjalankan siasatan.

Tags / Kata Kunci: PDRM , MAS , MH370

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan