PAS Rancang Tanding Lebih 10 Kerusi DUN PRN Sarawak

Diterbitkan: Ahad, 9 Ogos 2015 11:53 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: PAS merancang untuk bertanding di lebih 10 kawasan pada pilihan raya negeri Sarawak (PRN) akan datang, dengan enam daripadanya sudah dikenal pasti manakala selebihnya masih dalam perbincangan antara parti itu dengan sekutunya PKR Sarawak.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata enam kawasan itu terdiri daripada Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro dan Belawei.

Beliau berkata jumlah kerusi yang ditandingi PAS nanti lebih besar berbanding PRN sebelum ini kerana parti itu yakin dengan sokongan ramai terhadap mereka, walaupun sedar PAS bakal berhadapan cabaran besar ekoran perpecahan dalam Pakatan Rakyat dan kemunculan Gabungan Harapan Baru (GHB).

Bercakap pada persidangan media selepas melancarkan jentera pilihan raya Negeri Sarawak Dewan Pemuda PAS di sini lewat malam Sabtu, Nik Abduh berkata berdasarkan kajian yang dijalankan parti itu di Sarawak, pembangkang dilihat bakal menghadapi cabaran besar pada pilihan raya negeri Sarawak kelak.

Ini lebih-lebih dari segi populariti Ketua Menteri Sarawak yang baharu Tan Sri Adenan Satem yang cukup besar, namun menurutnya PAS adalah sebuah parti yang sukakan cabaran.

Pada PRN lepas, PAS bertanding di lima kawasan DUN, namun parti itu tidak pernah memenangi sebarang kerusi dalam DUN Sarawak walaupun sudah bertapak di Sarawak sejak kira-kira 20 tahun.

GHB yang diterajui bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebelum ini dilaporkan akan ditubuhkan pertengahan September dengan hasrat menyatukan semula parti politik pembangkang yang retak susulan keputusan PAS dan DAP untuk menamatkan kerjasama politik antara mereka.

Bulan lepas seorang jurucakap GHB Sarawak berkata pergerakan itu sudah mengenal pasti calon mereka yang akan bertanding pada PRN akan datang.

Tags / Kata Kunci: PAS , PRN Sarawak

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan