Kerajaan Cadang Tempat Veteran Sebatang Kara Di Kuaters

Diterbitkan: Ahad, 9 Ogos 2015 9:04 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SIBU: Kementerian Pertahanan bercadang untuk mendapatkan kuarters kerajaan bagi menempatkan veteran tentera yang hidup sebatang kara.

Timbalan Menterinya Datuk Wira Mohd Johari Baharom berkata kerajaan tidak mahu veteran tentera yang pernah berjasa kepada negara tinggal di rumah orang-orang tua.

Menurutnya ada dalam kalangan veteran tentera yang berpangkat kapten yang tinggal di rumah orang-orang kerana mereka tidak mempunyai keluarga.

“Kita akan bantu kerana mereka dahulu pernah berjuang menjaga keamanan dan keselamatan negara. Tanpa perjuangan mereka, sudah tentu kita tidak mengecapi keamanan seperti hari ini," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Johari berkata buat permulaan kementerian akan berusaha untuk mendapatkan kuarters di sekitar Kuala Lumpur.

Sementara itu beliau berkata Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) sedang melaksanakan pembayaran bantuan sebanyak RM500 seorang kepada lebih 1,760 veteran tentera di seluruh negara

Tags / Kata Kunci: veteran sebatang kara

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan