Jangan Buat Kenyataan Yang Boleh Undang Reaksi Luar Kawalan - Idris Haron

Diterbitkan: Ahad, 9 Ogos 2015 9:44 PM

Idris Haron (dua dr kanan) menyerahkan watikah haji kepada Md Shamsul Ahmad pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja 2015 di bangunan UMNO Selangor pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Semua pihak termasuk anggota UMNO diminta untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengundang reaksi luar kawalan berhubung isu pertukaran pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata pertukaran dua pegawai kanan agensi itu seharusnya diterima secara rasional kerana tindakan tersebut merupakan proses biasa sepertimana yang dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

"Kita percaya setiap yang berlaku itu mesti ada asasnya dan mereka ini adalah 'very well structured organization'...pada saya jika sesuatu tindakan diambil ia bukan berlaku secara tiba-tiba tetapi mesti ada asasnya yang menyebabkan ia berlaku. 

"Kita sebagai pihak yang melihat dari luar sebaiknya ambil maklumat itu daripada pihak berkuasa dan bukan mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang reaksi luar kawalan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja di sini, Ahad.

Beliau mengulas pertikaian pendapat pelbagai pihak berhubung pertukaran serta-merta Pengarah Bahagian Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Bahagian Strategik Komunikasi, Datuk Rohaizad Yaacob ke Jabatan Perdana Menteri.

Terdahulu Idris yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO dalam ucapan perasmiannya meminta anggota UMNO bersatu hati dalam menangkis pelbagai cabaran politik pada masa kini dan tidak bertelagah sesama sendiri.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan