Kerajaan Tiada Perancangan Laksana Tambatan Ringgit - Ahmad Husni

Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2015 6:33 PM

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Ahmad Huzni Hanadzlah.

(Ubah saiz teks)

TANJONG KARANG: Kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk melaksanakan tambatan ringgit berbanding dolar AS bagi menangani penyusutannya, kata Menteri Kewangan, Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. 

Beliau berkata, kerajaan menjangka ringgit akan stabil berdasarkan hakikat asas ekonomi Malaysia yang kekal kukuh.

"Saya fikir (ringgit) akan stabil berdasarkan semua kajian kami," katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang di sini, Sabtu.

Ahmad Husni berkata demikian ketika diminta mengulas saranan pihak tertentu supaya ringgit ditambat untuk menangani penyusutan nilai berikutan harga minyak jatuh di bawah paras AS$50 setong.

Beliau berkata, pergerakan harga minyak yang dilihat sekarang sebahagian besarnya daripada pengukuhan dolar yang turut mempengaruhi mata wang serantau seperti dolar Singapura dan rupiah Indonesia.

Mengenai isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Ahmad Husni berkata, pelan rasionalisasi dana strategik itu berjalan dengan baik dan masalah aliran tunainya dijangka selesai pada akhir tahun. 

"Kita beri tumpuan kepada pelan rasionalisasi, dan lihat kepada kepentingan negara. Kita mahu 1MDB (menjadi) sangat sihat," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: ringgit , Ahmad Huzni Hanadzlah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan