PPP Akan Diberi Wajah Baharu Menjelang Oktober - Kayveas

Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2015 6:19 PM

M. Kayveas.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Rakyat (PPP) akan diberi wajah baharu dengan penukaran logo dan nama baharu menjelang Oktober ini, kata presidennya Tan Sri M. Kayveas.

Katanya, transformasi itu bertujuan memberi semangat baharu kepada para anggotanya untuk bergerak maju dalam memberi khidmat kepada rakyat.  

"Berdasarkan perbincangan sesama anggota Majlis Tertinggi, kami berpendapat bahawa sudah tiba masanya untuk parti ini membuat pembaharuan dari segi penjenamaan semula.

"Perkara ini akan kami maklumkan kepada mesyuarat tertinggi Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PPP di sini, Sabtu.

Kayveas berkata, pihaknya mengambil masa selama dua bulan untuk melakukan proses penjenamaan semula itu.

"Kami berbincang melalui mesyuarat peringkat cawangan, bahagian dan negeri serta mengambil kira cadangan mereka untuk penukaran logo dan nama baharu parti," katanya.

Sementara itu, Kayveas berkata, parti itu mempunyai kira-kira 600,000 anggota di seluruh negara setakat bulan ini dan lebih ramai anggota baharu dijangka menyertai parti itu menjelang akhir tahun ini. 

Kayveas turut mengumumkan pelantikan dua orang naib presiden, seorang ketua penerangan dan dua anggota majlis tertinggi baharu PPP. 

Mereka ialah Pengerusi PPP Negeri Perak, Ong Chee Keng dan anggota Majlis Tertinggi, Datuk Seri M. Gandi (naib presiden); Andrew Tiong Yap Choon (ketua penerangan); serta Syed Al Kadir Hassan Syed Al Abdul dan M. Punitha (anggota Majlis Tertinggi PPP). 

Tags / Kata Kunci: Parti Progresif Rakyat , PPP , M. Kayveas

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan