Najib Bidas Pemimpin Umno

Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2015 1:48 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak membidas beberapa pemimpin Umno bahagian yang mengkritik beliau berkaitan isu dana politik dengan menegaskan sebagai presiden parti,  tindakan tersebut dilakukan demi kepentingan parti.

"Apa sahaja yang saya lakukan sebagai presiden Umno, walaupun saya menerima dana, ia adalah untuk parti.

"Saya telah membantu bahagian, termasuk menyediakan peruntukan bulan untuk menjalankan operasi mereka.

"Umno, di bawah kepimpinan saya, telah menjalankan pelbagai aktiviti tanggungjawab korporat (CSR), menghantar orang untuk menunaikan ibadah Haji dan membaiki rumah usang.

"Apa yang berlaku adalah mereka terus berdiam diri apabila mendapat wang tetapi apabila saya diserang, semua senyap," katanya semasa merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Bandar Tun Razak pada Sabtu.

Najib berkata beliau bukan pemimpin autokratik dan tidak perlu dikelilingi 'yes men'.

Malah, menurut Najib, beliau menghargai perbezaan pendapat kerana ia menyediakan prospektif berbeza terhadap sesuatu isu atau situasi.

"Kita boleh bertukar-tukar pendapat dan juga berhujah dalam mesyuarat tetapi apabila kepimpinan membuat keputusan, kita mesti berdiam diri di belakang parti. Kita mesti menunjukkan barisan yang kukuh," katanya.

Beliau menegaskan segala serangan yang dilemparkan kepadanya sebagai Presiden Umno, bertujuan untuk melemahkan parti. 

"Kalau nak lemahkan Umno, serang presiden parti. Sebab itu saya diserang... bukan kerana saya Najib tetapi kerana saya presiden parti. Kenapa semasa saya timbalan presiden, saya tidak diserang?," soalnya.

Beliau berkata sejak penubuhannya, Umno telah melalui pelbagai cabaran termasuk pemimpin meninggalkan parti dan menubuhkan parti lain seterusnya bertanding melawan Umno.

Bagaimanapun, Najib berkata kedudukan parti tidak tergugat kerana faktor terbesar Umno berjaya menghadapi pelbagai ujian ialah kerana anggotanya bersatu.

Beliau berkata antara cabaran utama Umno ketika ini ialah berdepan dengan penyebaran maklumat melalui media sosial. 

"Jangan kita terima segala-gala dalam media sosial kerana ia lebih berbahaya daripada demonstrasi jalanan. 

"Demonstrasi jalanan mungkin tak menggugat Umno tapi kalau racun melalui media sosial dengan jari-jari dalam masa nyata, beratus ribu orang dapat membaca dan masuk dalam kepala mereka. Inilah ancaman baharu kepada kekuatan parti Umno," katanya. 

Beliau juga mahu anggota Umno menggunakan media sosial untuk membantu membetulkan persepsi yang salah terhadap parti dan kerajaan.  

"Bila kita nampak pendapat tak betul, kita masuk dalam (media sosial)...kita bagi pendapat. Kalau kita tak suka pada sesuatu dan kita nampak presiden parti kena serang, kita serang balik," katanya.

Dalam pada itu, Najib menasihatkan anggota Barisan Nasional (BN) supaya sentiasa positif dan tidak berfikir bahawa perikatan itu akan kalah pada pilihan raya umum akan datang berikutan pelbagai masalah dan cabaran yang dihadapi.

"Kalau kita bersatu melaksanakan strategi untuk membetulkan persepsi dan menambah keyakinan rakyat, Umno dan BN akan berjaya dalam pilihan raya akan datang," katanya. 


Tags / Kata Kunci: Njib Tun Razak , Umno

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan