MCA Selar Charlie Hebdo Persenda MH370

Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2015 4:35 PM

Kartun yang mempersendakan tragedi MH370.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: MCA menyelar tindakan akhbar mingguan Perancis, Charlie Hebdo yang mengeksploitasi tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 bagi melariskan jualannya.

Akhbar mingguan satira itu baru-baru ini menerbitkan kulit depannya bertajuk "Penerbangan Malaysia: Harapan", dengan memaparkan kartun menyerupai bahagian tangan seorang jurterbang yang sedang memegang bahagian payu dara seorang pramugari.

Di belakangnya terdapat dua individu yang gembira dengan penemuan itu di persisiran pantai dengan keterangan "kami menjumpai 'serpihan' juruterbang dan pramugari".

Pengerusi Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen menyelar majalah itu kerana mempersendakan juruterbang dan anak kapal MAS yang dikenali kerana dedikasinya dan memenangi anugerah antarabangsa kerana kualiti dan perkhidmatan dalam penerbangan.

Chai mempersoalkan "niat dan etika" penerbitan berkenaan. Pejabat Charlie Hebdo sebelum ini pernah diserang dalam insiden pada Januari lalu sehingga mengorbankan 12 kakitangannya.

Penyiaran kartun yang kontroversi itu selepas penemuan serpihan 'flaperon' milik pesawat MH370 yang terdampar di persisiran pantai Pulau Reunion, di Lautan Hindi, bersama objek-objek lain seperti botol minirel, pembalut makanan dengan keterangan dalam bahasa Malaysia.

Tags / Kata Kunci: MCA , Charlie Hebdo

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan