Ambil Pekerja Asing Kerana Rakyat Malaysia Tidak Minat Kerja Dalam '3D'

Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2015 9:57 AM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan terpaksa membawa masuk pekerja asing termasuk dari Bangladesh kerana sikap rakyat Malaysia yang tidak berminat bekerja dalam sektor '3D' - 'dangerous', 'difficult' dan 'dirty', kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Oleh kerana industri dan perniagaan harus berjalan, maka kita kena cari alternatif iaitu membawa pekerja dari negara asing terutama dari Bangladesh," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Bangladesh, Abul Hassan Mahmood Ali di sini Jumaat.

Ahmad Zahid berkata isu pekerja Bangladesh adalah antara fokus perbincangan dengan Abul Hassan dalam pertemuan kira-kira 30 minit itu.

Jun lalu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor terutama perladangan, pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan.

Turut disentuh dalam perbincangan itu ialah berkaitan mencegah kematian di kalangan warga Bangladesh yang cuba memasuki negara ini secara haram sama ada menerusi laut atau darat selain mengelak mereka dianiaya majikan.

"Mereka ini dinafikan hak pembayaran gaji, tidak diberikan kemudahan tempat tinggal dan perubatan," katanya sambil menambah pengambilan pekerja asing dari Bangladesh dibuat mengikut garis panduan antarabangsa.

Ahmad Zahid berkata pekerja asing yang bakal dibawa ke negara ini perlu diberi latihan asas terlebih dahulu di Bangladesh selain mempunyai pendidikan bersesuaian mengikut bidang dan sektor pekerjaan yang akan disertai di Malaysia.

"Mereka yang ada rekod jenayah atau penyakit memudaratkan penduduk Malaysia juga akan diambil kira sebagai faktor yang akan menentukan sama ada boleh dibawa masuk ke negara ini," jelasnya.

Mengenai salah erti segelintir pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap hasrat kerajaan mengambil pekerja dari Bangladesh, Ahmad Zahid berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan kumpulan berkenaan bagi menjelaskan rasional langkah berkenaan tanpa menjejaskan peluang rakyat Malaysia.

Tags / Kata Kunci: 3D , Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan