Dokumen Perlu Lengkap, Tiada Kesilapan Untuk Dapat Bayaran Balik GST Awal - Dr Wee

Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2015 8:25 AM

Dr Wee Ka Siong.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarikat perniagaan akan mendapat semula bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tepat pada masanya jika dokumen mereka tiada sebarang kesilapan dan profil mereka di dalam laman web GST Jabatan Kastam dikemas kini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong menjawab aduan bahawa banyak syarikat menghadapi masalah aliran tunai kerana bayaran balik masih tertunda.

"Jabatan Kastam menerima antara 70,000 dan 80,000 fail bulanan untuk bayaran balik GST dan kira-kira 40 peratus daripadanya mendapat bayaran balik dalam tempoh 14 hari yang ditetapkan," katanya selepas merasmikan Forum Seni Grafik Asia Pasifik Ke-15 di sini, Jumaat.

Di bawah peraturan GST 2014, pembayaran balik cukai input dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh penyerahan dalam talian atau 28 hari bekerja jika difailkan secara manual.

Dr Wee menggesa syarikat yang menfailkan bayaran balik untuk memastikan dokumen mereka dilengkapkan dengan betul.

"Mereka perlu melayari laman web GST Jabatan Kastam untuk menyemak dan mengemas kini profil, nama berdaftar dan alamat. Jabatan itu juga memerlukan syarikat untuk mengemas kini maklumat bank mereka," katanya.

Dr Wee berkata terdapat kes di mana syarikat tertentu sengaja mengurangkan keuntungan mereka tetapi dijangka 'mendapat bayaran balik tidak munasabah'.

"Sistem jabatan ini akan membangkitkan perkara tersebut sebagai sebab untuk berjaga-jaga dan syarikat itu diminta untuk mengesahkan ketaksekataan berkenaan," katanya.

Dr Wee bagaimanapun memberi jaminan kepada para peniaga bahawa kerajaan akan mendengar permasalah dan membantu mereka.

Katanya, beliau menyedari kelewatan dalam mendapatkan bayaran balik menyebabkan masalah aliran tunai yang besar khususnya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

"Kita perlu memahami masalah yang dihadapi golongan ini. Mereka perlu membayar 6 peratus untuk GST. Jika mereka tidak mendapat bayaran balik lebih awal, mereka perlu mencari modal kerja lain supaya perniagaan mereka tidak berdepan masalah," katanya.

Tags / Kata Kunci: GST , bayaran balik , Dr Wee Ka Siong

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan