Umno Tidak Boleh Kehilangan Seorang Ahlinya - Adun Semarang

Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2015 1:25 PM

Samsol Bari Jamali.

(Ubah saiz teks)

AYER HITAM: Umno tidak boleh kehilangan walaupun seorang daripada ahlinya semasa menghadapi krisis, kata Ketua Penerangan Umno Johor, Datuk Samsol Bari Jamali.

Beliau berkata setiap ahli Umno amat bernilai dan memainkan peranan dalam mempertahankan perjuangan parti.

"Kami di peringkat negeri memahami kuasa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta peranan Presiden Umno dan Timbalan Presiden, jadi kami menyokong apa yang terbaik untuk parti dalam menghadapi cabaran yang mendatang," katanya ketika berucap pada mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Ayer Hitam di sini, Sabtu.

Ketua Umno Bahagian Ayer Hitam dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semarang itu berkata Umno Johor tidak pernah menghadapi sebarang konflik dalaman dan tidak akan membiarkan konflik luaran menjejaskan perpaduan di negeri ini.

Beliau mengakui parti itu di peringkat negeri juga menghadapi pelbagai cabaran tetapi berjaya menangani masalah yang datang dengan budaya rasional dan toleransi.

Tags / Kata Kunci: Semarang , Umno

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan